Monday, 18 January 2016

Kembali selepas lame menyepi

assalamualaikum...

mak aihh..lamenye blog ni menyepi hahaha..dah masuk Januari 2016...ramai orang kate 2016 adalah bermulanya tahun kegawatan ekonomi...ekonomi malaysia dikatakan stabil tapi hakikatnya rakyat yang merasakan ini satu ujian begitu besar.

harga barangan dan perkhidmatan habis semua naik..tapi gaji tak naik2..itu keluhan rata2 rakyat..nak tak nak kitet tak boleh lari dari hadapi kegawatan ini..sy teringat kata2 Dr Muhaya (lebih kurang maksud nya)..dalam kegawatan ekonomi ni kita tak boleh lari..kite diberi akal..jadi kite mesti fikir jalan keluar untuk menambah dan menjana ekonomi..ada pelbagai cara nak keluar dari kegawatan ni.

pada pendapat sy..sy berpegang dgn sunnah nabi iaitu PERNIAGAAN..walau sy makan gaji dan kuli..sedikit sebanyak ade pengalaman berniaga kecil kecilan..memandangkan kewangan sendiri semakin 'jengg" org terengaanu kate, sy fikir start januari ni sy kene keluar dari kelompok makan gaji..ada lah beberapa plan perniagaan kecil kecilan tapi hasil keuntungan besar..sy juga teringat kata-kata seorang pakar perniagaan..kata beliau, perniagaan paling menguntungkan zaman gawat ni adalam perniagaan makanan dan minumam, kemudian perkhidmatan..so sy mula mencari2 perniagaan yg modal nya tak besar tapi keuntungan agak besar dan risiko agak kurang.

trend skarang ni sy lihat ramai anak2 muda mula berniaga..contoh paling best sy tengok diorang berniaga air minuman. antara minuman yg menjadi trend skg adalah coffee dan tea..macam2 lah diorang buat nampak minuman tu jadi best dan menarik.

so sy fikir tidak rugi kalau mencuba dan menceburi perniagaan ini..tapi rugi kalau tak cuba..sy dapat maklumat penjual coffee dan tea dapat pulangan RM400-RM500 satu hari..untung besar tu..insyaallah sedikit masa nanti sy akan kongsi sedkit sebanyak pasal coffee dan tea ni...

jumpa lagi..




Monday, 10 February 2014

Sukan | Jari-Matti Latvala Juara WRC 2014 Rally Sweden



Salam semua...dah lama tak update blog ni...sebenarnya banyak entri2 nak update tapi banyak sangat kerja sampai tak dapat update.

Thursday, 18 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan

 
Salam semua..walaupun dah seminggu kita berpuasa rasanya belum terlambat untuk ucapkan Selamat Datang Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam di Malaysia dan di seluruh dunia. Daha lama tak update blog sebab agak sibuk sedikit dengan urusan kerja dan Program Bakti Ramadhan kali ini.

Dikesempatan ini juga ingin sy ingatkan diri sy dan diri sahabat sekalian agar kita menjaga puasa kita dengan baik, banyakkan ibadat siang dan malam. Dan tidak lupa juga sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara islam kita di seluruh dunia terutama Mesir, Palestin, Syria, Selatan Thai, Myanmar dan Burma. Moga mereka disana tabah menghadapi ujian Allah, kami disini sentiasa mendoakan anda di sana.

Pada entri akan datang akan sy post aktiviti yang sy jalankan sepanjang bulan Ramadhan ini iaitu Program Bakti Ramadhan, semoga program ini akan terlaksana dengan baik dengan izin Allah Taala.

Jumpa lagi :)

Khas untuk anda...

Maher Zain - Ramadan (Malay Version)



                                   
                                     Maher Zain - Ramadan (English Version)




Maher Zain - Ramadan (Arab Version)




Tuesday, 25 June 2013

Kesihatan | Penawar Tekanan Darah Tinggi



Daun Sup, sejenis sayur berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B kompleks dan C serta magnesium.

Daun ini dikenali sebagai Apium Graveolens yang berasal dari keluarga Dulce Umbelliferae. Ia boleh dijadikan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.

Ada pelbagai cara menggunaka daun sup sebagai ubat menstabilkan tekanan darah tinggi. Antaranya, memasukkan sedikit daun sup dipotong kecil dan ditumbuk halus bersama sedikit air dan gula, kemudian minum, untuk keberkesanan minum tiga kali sehari.




Daun sup juga dapat membantu untuk mengubati keracunan berpunca daripada jangkitan bakteria misalnya akibat terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka dan melecur teruk.

Kandungan garam galian dalam daun ini memulihkan sifat alkali dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman. Daun ini juga sangat menenangkan sistem saraf, justeru ia digunakan dalam perubatan herba untuk merawat gangguan saraf akibat keletihan.

Pada batang dan akarnya, ada banyak minyak yang membawa kepada rangsangan rembesan asid perut yang membaki metabolisma air garam dalam badan.

Wednesday, 19 June 2013

Tips | Ingin Jadi Lelaki "Tumpuan" Wanita ?



Adakah anda bimbang bahawa wanita tidak bercakap tentang anda? Adakah anda tahu bahawa anda perlu meningkatkan penampilan anda, tetapi berasa tidak pasti bagaimana untuk melakukannya ? 

Ada beberapa cara tentang bagaimana untuk menjadikan anda lebih 'panas' yang akan membawa anda ke tahap yang seterusnya. 

Monday, 17 June 2013

Filem | Need For Speed The Movie


Terujaaa..hahahah itu jer yang boleh dikata..akhirnya akan dibuat filem jugak yesssss...

Siapa yang memang 'Kaki Game Racing' mesti tahu game lumba kereta ni tak lain tak bukan siri Need For Speed. Akhirnya pihak Electronic Arts menjadikannya sebuah filem yang akan ditanyangkan pada 2014 nanti.

Thursday, 13 June 2013

Filem | Review filem Snitch (2013)


SNITCH


Assalamualaikum & selamat pagi,

Entri pagi ni sy nk review Filem Snitch (2013) walaupun filem ni dah lama ditayangkan tapi baru semalam sempat tengok sebelum tido :)