Tuesday, 25 June 2013

Kesihatan | Penawar Tekanan Darah Tinggi



Daun Sup, sejenis sayur berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B kompleks dan C serta magnesium.

Daun ini dikenali sebagai Apium Graveolens yang berasal dari keluarga Dulce Umbelliferae. Ia boleh dijadikan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.

Ada pelbagai cara menggunaka daun sup sebagai ubat menstabilkan tekanan darah tinggi. Antaranya, memasukkan sedikit daun sup dipotong kecil dan ditumbuk halus bersama sedikit air dan gula, kemudian minum, untuk keberkesanan minum tiga kali sehari.




Daun sup juga dapat membantu untuk mengubati keracunan berpunca daripada jangkitan bakteria misalnya akibat terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka dan melecur teruk.

Kandungan garam galian dalam daun ini memulihkan sifat alkali dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman. Daun ini juga sangat menenangkan sistem saraf, justeru ia digunakan dalam perubatan herba untuk merawat gangguan saraf akibat keletihan.

Pada batang dan akarnya, ada banyak minyak yang membawa kepada rangsangan rembesan asid perut yang membaki metabolisma air garam dalam badan.

No comments:

Post a Comment