![]() |
| SNITCH |
Assalamualaikum & selamat pagi,
Entri pagi ni sy nk review Filem Snitch (2013) walaupun filem ni dah lama ditayangkan tapi baru semalam sempat tengok sebelum tido :)
Filem ni dibintangi oleh 'superhero' yang dah lama bersara dalam arena sukan gusti iaitu Dwayne Johnson sebagai John Matthews. Yang menariknya adalah filem ini adalah diinspirasikan dari kisah benar.
Snitch dimulai dengan Jason Collins yang tertangkap oleh DEA (unit polis) kerana melakukan pengiriman dadah atas permintaaan sahabat karibnya. Ternyata kiriman itu merupakan perangkap oleh sahabatnya, ia dilakukan untuk meringankan tempoh tahanan sahabatnya. Oleh kerana jumlah dadah itu terlalu banyak maka hukuman yang akan diterima olehnya adalah sangat berat.
Si ayah, John Matthews (Dwayne Johnson) harus mencari jalan bagaimana untuk melepaskan anaknya dari tahanan. Beliau bertemu dengan Joane Keeghan iaitu seorang Pesuruhjaya undang-undang (lebih kurang macam tu lah hehehe) untuk membantu meringankan masa tahanan anaknya. Apa yang terpaksa Matthews hadapi adalah terjun ke dunia dadah terbesar.
Walaupun filem ini tidak hebat dari segi aksi, tetapi jalan cerita & kisah nyata ini sangat menarik kerana ia menyentuh hubungan kekeluargaan dan kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Mungkin tagline "How Far Would you go to save your son" hanya akan dijawab oleh seorang ayah.
So far , nothing to be proud from this movie exept its story...


kite tengok doh...hahaha..tapi ngatuk mate kurang aksi....huhuhu
ReplyDelete